𝗣𝗠 𝗔𝗑π—ͺ𝗔π—₯ π—₯π—”π—¦π— π—œ 𝗖𝗔π—ͺπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗠𝗔 π—žπ—˜π——π—”π—œ π—₯π—¨π—‘π—–π—œπ—§ π— π—”π——π—”π—‘π—œ 𝗠𝗔π—₯𝗧

3 April 2026

Kuantan : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan kedai runcit MADANI Mart cawangan pertama di negara ini di Indera Mahkota 8 (IM8) yang dilaksanakan sebagai inisiatif kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat kedai runcit berkenaan sambil diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Inisiatif MADANI Mart yang diterajui Yayasan MADANI merupakan konsep kedai komuniti yang menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan mudah dicapai oleh rakyat, berteraskan slogan β€œKedai Runcit Harga Rahmah.”

Petikan Berita : Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *