







4 April 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim, sewaktu berucap dalam Majlis Peluncuran Kolej Vokasional Pengerang, Johor ,
menegaskan bahawa Malaysia mesti dipacu dengan lebih segar dan berani, serta tidak boleh terus ketinggalan dalam arus perubahan global.
Beliau berkata, pendidikan perlu diberi keutamaan, khususnya dalam bidang sains, matematik dan kemahiran teknikal, termasuk memperkasa TVET sebagaimana yang telah membuahkan hasil di negara maju seperti Jerman dan Jepun.
Jelas beliau lagi, dalam konteks semasa, krisis di Asia Barat turut memberi peringatan jelas tentang betapa pentingnya kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga dan rantaian ekonomi global.
” Saya singgung, Kerajaan juga memahami kebimbangan ibu bapa, namun kini tersedia laluan yang lebih anjal di mana pelajar TVET masih berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.
” Justeru institusi pengajian tinggi perlu lebih responsif dan tidak lagi bergantung kepada unjuran lama dan mesti bertindak segera kerana kaedah lama tidak lagi memadai dalam menghadapi cabaran baharu dunia, ” jelas beliau dalam perkongsian di media sosial petang semalam.
