ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π ππ„ππƒπ„πŠπ€π“π€π 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 ππˆππ“π€π‘: πŒπ„ππ„π‘πŽπŠπ€ πˆππŽπ•π€π’πˆ πŠπŽπ‘π„πŠπ’πˆπŽππ€π‹ πŒπ€π’π€ 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍

KAJANG, 07 APRIL 2026 – YBhg. KJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara menerima kunjungan hormat daripada Mr. Oral Tugay Tuntas, Chief Executive Officer, Papilon Technologies Turkiye serta Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof dalam satu sesi pembentangan bertajuk β€œAffordable Smart Prisons”.

Pertemuan ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh jalinan kerjasama serta perkongsian kepakaran berkaitan pembangunan sistem penjara pintar yang menekankan aspek keselamatan, kecekapan operasi serta kesejahteraan persekitaran.

Jabatan Penjara Malaysia komited untuk terus meneroka pendekatan inovatif berasaskan teknologi sejajar dengan keperluan semasa, ke arah memperkasa sistem pemulihan yang lebih efektif selari dengan aspirasi β€œPenjara Selamat, Berdaya Huni dan Menginspirasi Harapan”.

Turut hadir, YBrs. TKJP Hafidz bin Othman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), YBrs. TKJP Rosoman bin Abu Bakar@Che Din, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), YBrs. TKJP Zaidi bin Hamid, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), YBrs. KP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Pengara-pengarah Bahagian IPPM serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara .

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *