122 PROJEK BERNILAI RM7.38 BILION DI SABAH DAN SARAWAK

KUCHING, 9 April – Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) kini menyelia sebanyak 122 projek bernilai RM7.38 bilion di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu, 54 projek dilaksanakan di Sarawak manakala 68 projek di Sabah.

Jelasnya, dari segi nilai projek, Sarawak mencatatkan jumlah lebih besar yang melibatkan projek pembinaan hospital manakala di Sabah membabitkan pembinaan sekolah.

“Namun dari segi jumlah kewangan, di Sarawak rm3.323 bilion, di Sabah RM 2.805 bilion, walaupun projek di Sabah lebih daripada di Sarawak namun kos projek di Sarawak lebih tinggi di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri taklimat di pejabat Pasukan Projek Khas 2 di Wisma Hong, di sini hari ini.

Wartawan/Foto: DEBBIE AMANDA

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *