Menteri Tuai Sawi di Wisma Tani, Galak Budaya Tanam Makanan di Ruang Terhad..

Putrajaya, 8 April 2026 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini meluangkan masa menuai sayur sawi yang ditanam di ruang legar Wisma Tani sejurus selesai Mesyuarat Pasca Kabinet, sekali gus menzahirkan sokongan terhadap amalan pertanian bandar dalam kalangan warga kementerian..

Beliau berkata, inisiatif penanaman sayur-sayuran di kawasan pejabat membuktikan bahawa penghasilan makanan boleh dilaksanakan walaupun dalam ruang yang terhad, selaras dengan usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara..

“Walaupun ruang kecil, jika diurus dengan baik, ia mampu memberi hasil dan manfaat kepada warga pejabat serta mengurangkan perbelanjaan dapur,” katanya..

Menurut beliau, hasil tuaian sayur sawi di ruang legar tersebut telah diagihkan kepada kakitangan Wisma Tani untuk kegunaan harian, sekali gus menyemai budaya bercucuk tanam dan menghargai sumber makanan dalam kalangan penjawat awam..

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak atas cetusan idea memperindah landskap Wisma Tani melalui konsep tanaman makanan yang praktikal dan berimpak.

CONTOH TERBAIK

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Chan Foong Hin; Ketua Pengarah Pertanian, YBhg. Dato’ Nor Sam Alwi; serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KPKM bersama barisan pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian.
.
Inisiatif ini dilihat sebagai contoh terbaik kepada masyarakat untuk memanfaatkan ruang sedia ada bagi tujuan penanaman makanan demi kelestarian dan kesejahteraan bersama.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *