𝐏𝐁𝐁 𝐆𝐄𝐒𝐀 π’πˆπ€π’π€π“π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πˆπ’π‘π€π„π‹ πƒπˆ π“π„ππˆππ† 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓

10 April 2026

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menggesa agar siasatan dijalankan terhadap peningkatan keganasan oleh pendatang haram Israel di Tebing Barat, sambil menegaskan bahawa Israel mesti memenuhi tanggungjawabnya sebagai kuasa pendudukan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

β€œSejak awal 2026, lebih 580 serangan oleh pendatang haram Israel mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda di lebih 190 komuniti Palestin,” kata jurucakap Stephane Dujarric kepada pemberita.

Beliau menegaskan bahawa setiap serangan terhadap orang awam perlu disiasat secara menyeluruh dan β€œpelaku keganasan mesti dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

Gesaan supaya perlindungan diberikan dibuat ketika ketegangan serantau terus memuncak, selain insiden argresif yang menyasarkan anggota PBB turut meningkat.

Sumber :Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *