DBKL SITA 11 PERALATAN, KELUARKAN 6 KOMPAUN TERHADAP JURUFOTO DALAM OPS LENS SEKITAR KLCC

10 April 2026

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) telah melaksanakan “Op Lens” di kawasan tumpuan awam sekitar KLCC pada Jumaat, 10 April 2026.

Operasi bersepadu DBKL, PDRM dan JPN siri kali ini bagi mengambil tindakan tindakan penguatkuasaan ke atas kegiatan penyediaan perkhidmatan fotografi (ulat foto) tanpa kebenaran yang dijalankan secara terbuka di tempat awam. Menerusi operasi besepadu kali ini, DBKL mengeluarkan sejumlah 6 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap individu yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran serta membuat 11 sitaan keatas pelbagai peralatan jurufoto melibatkan 5 daripadanya bukan warga negara menerusi kesalahan dibawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

DBKL akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan kekal selamat bagi mengekang aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah turut menimbulkan risiko keselamatan, kacau ganggu kepada pengunjung termasuk halangan dan kelancaran lalulintas.

Pelbagai peralatan berkaitan aktiviti jurufoto yang di sita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi lanjut. Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL yang tertera.

https://adukl.dbkl.gov.my/

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *