
11 April 2026
Keselamatan petugas dan jemaah haji Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, khususnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau perkembangan semasa serta menyelaras tindakan segera sekiranya timbul sebarang situasi kecemasan melibatkan jemaah.
Langkah kesiapsiagaan itu turut merangkumi pelaksanaan perancangan senario menyeluruh yang telah disusun lebih awal bagi menghadapi pelbagai kemungkinan sepanjang musim haji.
Petikan : Bernama
