

KUALA LUMPUR, 11 April 2026 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
melalui Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk mengekalkan tindakan
kompaun sebanyak RM100,000 terhadap Rapid Rail Sdn. Bhd. (RRSB) atas
kesalahan di bawah Seksyen 101(10) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta
715].
Tindakan punitif ini dikenakan susulan insiden pada 24 Mei 2021, lebih kurang jam
8.47 malam di Stesen LRT KLCC menghala Stesen LRT Kampung Baru.
Akibat
kepincangan penyelenggaraan, RRSB selaku pengendali berlesen telah gagal untuk
memastikan jajaran kereta api selamat untuk pengoperasian sehingga mengakibatkan
limb rail berada dalam keadaan tidak boleh dibaca di kedua-dua arah.
Ini telah
menyebabkan kegagalan untuk mengendalikan tren dengan selamat sehingga
berlaku insiden yang melibatkan seramai 213 penumpang dan 65 daripadanya
cedera.
APAD menegaskan bahawa keselamatan operasi pengangkutan awam darat
merupakan keutamaan tertinggi dan tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.
Tindakan penguatkuasaan ini bukan sahaja sebagai langkah pematuhan undang-
undang, malah sebagai peringatan tegas kepada semua pengendali perkhidmatan
kereta api agar sentiasa memastikan penyelenggaraan dilaksanakan mengikut
piawaian teknikal yang ditetapkan serta latihan mencukupi diberikan kepada
kakitangan yang terlibat.
Keputusan untuk mengenakan kompaun ini juga mengambil kira kepentingan awam
dan prinsip akauntabiliti dalam memastikan integriti sistem pengangkutan kereta api
negara terus terpelihara.
APAD akan terus komited untuk memperkukuhkan aktiviti pemantauan dan
penguatkuasaan bagi memastikan setiap pengendali mematuhi sepenuhnya
keperluan perundangan, keperluan operasi dan standard keselamatan yang telah
ditetapkan.
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
11 April 2026
