


13 April 2026
Barcelona : Kerajaan akan sentiasa memantau secara rapat perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bagi memastikan keselamatan setiap peserta dari Malaysia terjamin sepanjang berada di zon berisiko.
Bercakap dari atas kapal melalui pembesar suara kepada para aktivis ketika memantau keadaan mereka yang telah memulakan pelayaran di Laut Mediterranean, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga ketua delegasi turut memuji kecekalan delegasi negara yang sanggup berdepan risiko demi misi bantuan tersebut.
βKita akan memantau keadaan dari semasa ke semasa, memastikan kelancaran, keselamatan kepada semua delegasi yang datang bersama kita,β katanya ketika mendekati peserta misi berkenaan bagi menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan dan rakyat Malaysia.
Amirudin yang diiringi sekumpulan peguam daripada Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) turut memberi kata-kata semangat kepada aktivis Malaysia selain mendoakan agar pelayaran yang membawa bantuan kemanusiaan itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan hingga mencapai matlamat utamanya.
Sumber: Bernama
