Pusat peruntuk RM60 juta untuk Program Basmi Kemiskinan di Terengganu

Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 APRIL 2026

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM60 juta khusus bagi program pembasmian
kemiskinan di Terengganu pada tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program itu meliputi usaha peningkatan pendapatan rakyat dan pembaikan perumahan di
negeri berkenaan.

“Pelaksanaan program ini akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM),” katanya ketika
berucap pada majlis Ramah Mesra MADANI Pelajar Tahfiz Terengganu di Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

PENGIAT SEKOLAH PONDOK

Sebanyak 1,500 pelajar, guru dan penggiat sekolah pondok dan tahtiz di Terengganu hadir pada majlis itu.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 sekolah tahfiz di Terengganu bagi tahun ini.

MENGUASAI TEKNOLOGI BAHARU

Sementara itu, Perdana Menteri mahu sekolah tahfiz dan pondok di seluruh negara untuk menguasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata ini penting bagi memastikan institus pendidikan berkenaan tidak ketinggalan dalam
arus perkembangan semasa.

Anwar juga menekankan kepentingan penguasaan bahasa lain selain Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah pondok dan tahfiz. – SUMBER : BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *