MALAYSIA MENGECAM SEKERAS-KERASNYA INSIDEN MELIBATKAN PASUKAN PENGAMAN UNIFIL DI SELATAN LUBNAN

13 April 2026

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya insiden terkini yang melibatkan halangan dan ancaman
keselamatan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada 12 April 2026
oleh rejim Zionis Israel.

Malaysia menegaskan bahawa semua pihak mesti menghormati sepenuhnya keselamatan, perlindungan
dan kebebasan pergerakan pasukan pengaman PBB di bawah Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu 1701 (2006) serta undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

Sebarang
tindakan yang membahayakan keselamatan pasukan pengaman atau menghalang keberkesanan operasi
mereka adalah tidak boleh diterima dan mesti dihentikan serta-merta.

Malaysia juga mengecam penggunaan kekerasan serta tindakan yang merosakkan aset dan menyekat
akses ke kawasan operasi UNIFIL.

Perkembangan ini berisiko menjejaskan keupayaan UNIFIL untuk
melaksanakan mandatnya secara berkesan, termasuk pemantauan di lapangan.

Sebagai negara penyumbang pasukan pengaman kepada UNIFIL, Malaysia menegaskan komitmen teguh
terhadap misi ini serta peranan penting operasi pengaman dalam mengekalkan keamanan dan
keselamatan antarabangsa.

Keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman, termasuk anggota
Batalion Malaysia (MALBATT), kekal sebagai keutamaan utama.
Malaysia menyeru semua pihak memberi kerjasama penuh kepada UNIFIL dalam memastikan
pelaksanaan mandatnya.

Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan
tegas, termasuk memastikan perlindungan segera terhadap pasukan pengaman PBB di Selatan Lubnan.

Putrajaya
13 April 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *