
15 April 2026
Bermula 15 April 2026, Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dikuatkuasakan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam serta menyokong kelestarian sumber negara. Pelaksanaan ini melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan badan berkanun, dan pengaturan waktu kerja fleksibel turut diperluaskan kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLC/GLIC).
Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan tadbir urus, malah berperanan penting dalam penggurangan penggunaan bahan api, seterusnya memastikan kestabilan dan keupayaan bekalan tenaga serta mengurangkan perbelanjaan melalui langkah penjimatan berhemah
Dengan memanfaatkan teknologi digital dan pengurusan masa yang efisien, warga kerja diseru untuk terus mengekalkan tahap produktiviti, integriti dan profesionalisme yang tinggi dalam pelaksanaan dasar ini.
Orang ramai disaran untuk terus mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi kerajaan.
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pejabat Perdana Menteri Malaysia π²πΎ
