BANGLADESH-SARAWAK BINCANG PERLUAS KERJASAMA STRATEGIK PELBAGAI SEKTOR

KUCHING, 15 April – Hubungan kerjasama dua hala Bangladesh dan Sarawak akan diteruskan merangkumi sektor pertanian, tenaga boleh baharu serta penempatan tenaga kerja.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan Chowdhury, telah mengemukakan cadangan untuk memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU), bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, kerjasama itu dalam sektor pertanian dan pengambilan tenaga mahir dari Bangladesh, dalam pelbagai projek pembangunan, khususnya sektor pembinaan di Sarawak.

Beliau berkata, Premier Sarawak memberi panduan serta maklum balas positif mengenai usaha memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Jadi, Premier Yang Berhormat telah bersetuju dan memberikan beberapa garis panduan mengenai cara untuk memperkukuh kerjasama antara Bangladesh dan Sarawak khususnya. Kami telah membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kerjasama dalam beberapa bidang tertentu seperti pertanian, termasuk bagaimana memperkasa kerjasama dalam pemprosesan agro, serta tenaga boleh diperbaharui,” Kata Manjurul Karim Khan Chowdhury.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek ) Datuk Gerawat Gala.

Beliau optimis, hasil perbincangan tersebut akan membawa hubungan Sarawak–Bangladesh ke tahap yang lebih strategik sekiranya semua perancangan dapat dilaksanakan.

DEBBIE AMANDA
Foto: JAPEN Sarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *