PMX terima kunjungan hormat Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
14 APRIL 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat bagi meneliti prestasi kewangan tahun 2025 serta hala tuju institusi ini untuk tahun mendatang.

“Alhamdulillah, saya merakamkan penghargaan atas prestasi tadbir urus dan kedudukan kewangan Bank Rakyat yang terus kukuh pada tahun lalu, mencerminkan disiplin serta komitmen yang tinggi dalam mengurus amanah,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata perbincangan turut tertumpu kepada usaha memantapkan sistem perbankan dan kewangan Islam.

TERUS MENJADI TERAS

“Saya tegaskan bahawa prinsip keadilan, ihsan dan keterangkuman mesti terus menjadi teras dalam memperluas peranan kewangan Islam, selari dengan aspirasi MADANI,” kata beliau.

Anwat juga menekankan agar Bank Rakyat terus menggalas mandat penubuhannya dengan lebih berani dan berwawasan, sambil meneroka peluang baharu ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan demi manfaat bersama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *