
16 April 2026
(Info Ringkas)
Penggunaan media sosial pada usia muda mendedahkan remaja kepada pelbagai risiko seperti pendedahan data peribadi, buli siber serta tekanan sosial yang boleh menjejaskan kesejahteraan emosi.
Kajian dan amalan antarabangsa menunjukkan bahawa umur 16 tahun merupakan tahap yang lebih sesuai, sejajar dengan perkembangan kematangan emosi, keupayaan membuat pertimbangan serta pengawalan kendiri dalam persekitaran digital.
Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam:
βοΈ Membimbing penggunaan teknologi secara berhemah
βοΈ Memantau aktiviti dalam talian
βοΈ Mendidik tentang keselamatan dan tanggungjawab digital
