MAJLIS PENYERAHAN DOKUMENTASI INISIATIF MEKAR DIDIK DAN PROGRAM KAUNTER LORONG DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH

16 April 2026

Inisiatif MEKAR Didik (Menyemai Kasih Rakyat – Didik) dan Program Kaunter Lorong di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) merupakan usaha memastikan setiap murid mendapat akses pendidikan yang sewajarnya melalui kolaborasi strategik antara Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Inisiatif ini memberi fokus kepada usaha mengenal pasti individu tanpa dokumen, membantu proses pendaftaran rasmi, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dokumen pengenalan diri serta memperkukuh penglibatan masyarakat dan NGO dalam membantu golongan terpinggir.

Pelaksanaan program ini turut digerakkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk SBJK dan Pertubuhan Jejak Jalanan.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman; Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, YBhg. Dato’ Badrul Hisham bin Alias; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan & Profesionalisme), YBhg. Dato’ Amzan bin Abd Malek; serta Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, YBrs. Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad.

Tahun Ini, Tahun Kita

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *