


17 April 2026
Kuala Lumpur Malaysia dan Turkiye akan memperkukuh kerjasama dalam sektor media serta komunikasi termasuk melalui cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) dan inisiatif pertukaran kandungan.
Perkara itu dibincangkan pada sesi kunjungan hormat oleh Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel ke atas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada Khamis lepas.
Menerusi hantaran di Facebook, Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai bidang kerjasama utama termasuk aspek keselamatan dalam talian serta jalinan kerjasama dalam sektor penyiaran dan media.
Sumber: Bernama
