


18 April 2026
Kelantan #KotaBharu: Sebanyak 85 peratus rakyat di negara ini tidak terkesan dengan harga pasaran diesel kerana masih menikmati harga subsidi yang disediakan kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata hanya 15 peratus rakyat terkesan dengan kenaikan harga bahan api itu berikutan krisis tenaga global pada masa ini.
“Saya buat kajian semalam, minyak diesel yang tinggi itu memang ada kesan. Pada siapa? 15 peratus rakyat. 85 peratus rakyat itu tidak menggunakan diesel pada harga pasaran tetapi harga subsidi.
“Yang dihebahkan ialah 15 peratus (terkesan), yang 85 peratus itu tidak disebut sama sekali,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu hari ini.
Sumber: Bernama
