




17 April 2026
LUBNAN :Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengumumkan gencatan senjata antara IDF dan Hizbullah telah dipersetujui secara bersama.
Meskipun hakikatnya persetujuan ini masih diragui dan pelbagai kemungkinan pelanggaran syarat gencatan senjata boleh berlaku antara kedua-dua belah pihak.
Namun pengalaman dan peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh MALBATT 850-13 dalam memperkemaskan segala aspek senggaraan dan kelangsungan di UNP 2-1 Kem Maβrakah dan UNP 6-64 Kem Tibnine.
Di samping itu aktiviti-aktiviti riadah turut dilaksanakan tanpa mengabaikan sebarang SOP pasukan pengaman.
Aktiviti dilaksanakan seperti pembersihan tangki septik, gotong-royong kawasan kem dan pembaikan pendawaian elektrik dan telefon.
Turut diserikan dengan riadah bersama pegawai dan anggota, aktiviti Wisna Perwira, Wisma Bintara dan Kelab Petanda bagi memberikan suasana kebersamaan dan menghilangkan rasa tekanan akibat peperangan yang telah berlaku.
Timbalan Komander MALBATT 850-13 dan seluruh pegawai, RSM dan PTTK telah bersama-sama turun padang merealisasikan aktiviti ini sebagai satu ketumbukan MALBATT 850-13 dalam mencapai misi keamanan Lubnan.
Pendekatan menyeluruh ini mencerminkan komitmen MALBATT 850-13 dalam memastikan kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap tertinggi walaupun dalam fasa konsolidasi.
KUNCI UTAMA
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi semasa menjadi kunci utama dalam menjamin kelangsungan misi serta keselamatan seluruh warga pasukan.
Nota:
Artikel dan gambar disediakan oleh Tim Public Information Officer (PIO) MALBATT 850-13.
