


19 April 2026
Sandakan #Sabah Kira-kira 200 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi (19 April).
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sandakan Datuk Walter Kenson yang juga Presiden Majlis Perbandaran Sandakan mengisytiharkan bencana kebakaran susulan kejadian itu.
Beliau berkata sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan pada 7 pagi tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas.
“Pemeriksaan di kampung itu mendapati kediaman penduduk terjejas tidak lagi selamat untuk didiami,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, angka tidak rasmi menunjukkan mereka yang didaftarkan di PPS itu setakat ini ialah 445 orang terdiri daripada 89 keluarga.
Sumber; BERNAMA
