


PUTRAJAYA, 18 APRIL – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Steven Sim Chee Keong, hari ini mengumumkan pakej Modal Usahawan dan
Rangsangan Ekonomi India (MUDRA).
Pakej ini melibatkan peruntukan keseluruhan
melebihi RM220 juta yang dikhususkan bagi memperkukuh ekosistem Perusahaan
Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi milik masyarakat India di Malaysia.
Steven Sim berkata, peruntukan melebihi RM220 juta pada tahun ini merupakan
peningkatan sebanyak RM60 juta berbanding lebih kurang RM160 juta yang telah
disalurkan pada tahun 2025 kepada PMKS dalam kalangan masyarakat India.
Peningkatan ini turut mengambil kira sambutan positif yang diterima terhadap skim
pembiayaan di bawah KUSKOP sebelum ini.
Inisiatif MUDRA akan dilaksanakan menerusi lima agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti berikut:
BIL AGENSI PROGRAM JUMLAH PERUNTUKAN
BAGI TAHUN 2026 (RM)
- TEKUN Nasional Skim Pembangunan
Usahawan Masyarakat
India (SPUMI)
120 juta - Bank Rakyat Skim Bank Rakyat Indian
Entrepreneur Financing-i
(BRIEF-i)
15 juta - SME Bank Skim Pembiayaan
Vanigham
50 juta - Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM)
Dana Program
Pemerkasaan Usahawan
Wanita India (PENN)
27 juta - Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
(SKM)
Bakti MADANI:
RM 1 juta
11 juta
Tabung Modal Pusingan
SKM (TMPSKM):
RM 10 juta
30/2026
Sehingga 31 Mac 2026, pelaksanaan inisiatif ini telah menunjukkan prestasi yang
amat memberangsangkan.
Sebanyak RM33.48 juta dana telah diluluskan, yang mana
ia telah memberi manfaat langsung kepada 1,805 usahawan masyarakat India di
seluruh negara.
Menurut Steven Sim, MUDRA bukan sekadar bantuan kewangan jangka
pendek, malah merupakan langkah strategik untuk meningkatkan daya saing PMKS
masyarakat India dalam memastikan kelangsungan operasi perniagaan menghadapi
ketidaktentuan tenaga global.
KUSKOP meneruskan tekad membina ekosistem
keusahawanan yang inklusif, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
