Machado raih sokongan ribuan warga Venezuela di Madrid

MADRID, 19 April– Ribuan warga Venezuela membanjiri dataran ikonik Puerta del Sol, Madrid pada Sabtu (18 April), bagi menunjukkan sokongan padu terhadap tokoh pembangkang, Maria Corina Machado.

Perhimpunan di bawah cuaca terik itu menyaksikan warga Venezuela di Madrid bersatu menuntut pembebasan tahanan politik serta pemulihan demokrasi di negara Amerika Selatan tersebut.

Terdahulu, Machado yang juga pemenang Hadiah Keamanan Nobel, mengadakan pertemuan dengan pemimpin wilayah Madrid, Isabel Diaz Ayuso, sebelum menyertai perhimpunan besar-besaran berkenaan.

Seorang warga Venezuela yang menetap di Madrid, Maria Isabel Trujillo menyuarakan harapan agar negara asalnya kembali makmur dan aman untuk dikunjungi semula oleh masyarakat dunia.

“Kami mahu Venezuela maju dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin melawat,” katanya ketika ditemui di lokasi perhimpunan.

Kehadiran luar biasa itu mencerminkan semangat komuniti Venezuela di luar negara yang terus mendesak perubahan politik di tanah air mereka. -REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *