RM250 JUTA GERAN SEJATI MADANI X BELIA PERKASA EKONOMI BELIA

KUCHING, 18 April – Kerajaan MADANI memperuntukkan RM250 juta bagi pelaksanaan Geran SejaTi MADANI x Belia di seluruh negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, dana tersebut membuka peluang luas kepada pertubuhan belia menjana ekonomi dan memperkasa komuniti.

Menurut beliau, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menyasarkan sebanyak 2,500 pertubuhan belia berdaftar bagi memohon dana tersebut.

Geran berkenaan menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 bagi setiap pertubuhan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

β€œInisiatif ini merupakan perluasan kepada program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan serta ekonomi belia,” Katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Santuni Pertubuhan Belia dan SejaTi MADANI x Belia Peringkat Sarawak di Kuching, hari ini.

Antara syarat utama permohonan ialah kehadiran ke Program Santuni Pertubuhan Belia yang berperanan sebagai platform persediaan, bagi memberi pendedahan mengenai keperluan, kriteria dan hala tuju pelaksanaan agar bantuan lebih berkesan dan berimpak tinggi.

Beliau turut menggalakkan pertubuhan belia merebut peluang menjana pendapatan melalui pelbagai aktiviti seperti projek agropertanian, pelancongan, sewaan peralatan khemah dan siar raya serta inisiatif ekonomi lain.

Jelas Mordi lagi, semua permohonan akan dinilai dan diluluskan oleh Jawatankuasa Khas di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, ICU JPM.

Sumber: RTM Sarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *