𝗣𝗠 𝗔𝗑π—ͺ𝗔π—₯ π—¦π—˜π—₯𝗨 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗛𝗔𝗑𝗔𝗑, π—”π—˜π—₯π—’π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—¦π—” π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”

20 April 2026

KualaLumpur :

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemain industri pertahanan dan aeroangkasa global untuk menjalinkan kerjasama lebih rapat dengan pengeluar di Malaysia selari dengan peranan negara yang semakin berkembang dalam rantaian bekalan global bernilai tinggi.

Beliau berkata syarikat-syarikat Malaysia telah membuktikan kemampuan mereka dalam beberapa rantaian bekalan komersial paling mencabar di dunia menerusi budaya yang menekankan ketepatan dan akauntabiliti yang kukuh, termasuk dalam sektor aeroangkasa pertahanan.

β€œKepada pihak utama dan pembekal Tier 1 di sini, mari datang dan bertemulah dengan pengeluar kami. Luangkan masa bersama-sama mereka. Sebahagian daripada anda sudah pun berbuat demikian, dan saya mempelawa mereka yang belum untuk mempertimbangkan mengapa rakan-rakan anda yang lain telah pun melakukannya,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 hari ini, yang bertemakan β€œMemperkasakan Keupayaan dan Ketahanan Menerusi Teknologi”.

Sumber: BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *