



20 April 2026
(Info Ringkas)
Kerajaan MADANI merencana pelbagai langkah bagi menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat melalui Belanjawan 2026.
- Bagi memperkukuhkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah dan Sumbangan Tunai Rahmah, lebih RM15 bilion dibelanjakan untuk membantu 22 juta rakyat Malaysia termasuk melalui inisiatif SARA Untuk Semua.
- Peluasan Program Payung Rahmah dilaksanakan di 23,040 lokasi bagi memastikan rakyat dapat membeli keperluan asas dengan harga berpatutan.
- Kerajaan turut menekankan penyeragaman harga barangan asas di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan agar kos barangan tidak ketara berbanding di Semenanjung.
Demi mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat, Kerajaan MADANI memperkukuh usaha dalam menambahbaik setiap inisiatif agar dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia.
