
20 April 2026
20 – 21 APRIL 2026
Puan Yang Terutama (PYT) Selma Ashipala-Musavyi, Menteri Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan
Republik Namibia, akan melakukan satu lawatan kerja ke Malaysia dari 20 hingga 21 April 2026.
Lawatan
ini merupakan lawatan sulung beliau sejak memegang jawatan Menteri Hubungan Antarabangsa pada
Mac 2025.
PYT Selma Ashipala-Musavyi akan diiringi oleh tujuh (7) orang ahli delegasi.
PYT Selma Ashipala-Musavyi dijadual akan mengadakan pertemuan dengan YB Dato’ Seri Utama Haji
Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, yang akan menghoskan majlis makan tengah hari bagi
meraikan rakan sejawat beliau.
Kedua-dua Menteri dijangka akan menilai kemajuan kerjasama dua hala
dengan memberi penekanan kepada pengukuhan kolaborasi dalam bidang-bidang utama seperti
kerjasama tenaga, perdagangan dan ekonomi, pendidikan, kesihatan, serta pembangunan kapasiti.
Mereka juga akan turut bertukar pandangan mengenai isu-isu antarabangsa berkepentingan bersama,
termasuk perkembangan di Timur Tengah.
Semasa lawatan kerja tersebut, PYT Selma Ashipala-Musavyi turut dijangka mengadakan pertemuan
dengan beberapa Menteri lain dan wakil dari agensi-agensi berkaitan.
Malaysia dan Republik Namibia telah menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1990 dan hubungan
tersebut kekal mesra yang disokong oleh kerjasama di platform dua hala dan pelbagai hala.
Lawatan kerja
PYT Selma Ashipala-Musavyi ini dijangka akan terus memperkukuh lagi kerjasama yang kian berkembang
di antara kedua-dua buah negara.
Pada tahun 2025, jumlah dagangan Malaysia dengan Republik Namibia mencecah RM394 juta (USD92.4
juta), dengan nilai eksport sebanyak RM30.6 juta (USD7.2 juta) dan nilai import berjumlah RM363.4 juta
(USD85.3 juta).
