𝗣𝗠 𝗔𝗑π—ͺ𝗔π—₯ 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗑 π—žπ—˜π— π—¨π——π—”π—›π—”π—‘ π—₯π— πŸ± π—•π—œπ—Ÿπ—œπ—’π—‘ π——π—œ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 𝗦𝗝𝗣𝗣

KualaLumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penambahan kemudahan RM5 bilion di bawah skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan impak krisis Asia Barat.

Penambahan kemudahan itu menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM10 bilion.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperincikan mengenai penambahan kemudahan tersebut dalam masa terdekat.
β€œ(Kemudahan) ini untuk membantu memacu pertumbuhan dan sebagai pemangkin kepada syarikat yang memerlukan.

β€œBantuan ini mesti melibatkan syarikat yang lebih kecil dan kelompok pertanian, pekebun kecil, nelayan serta penjaja yang mengendalikan warung dan restoran kecil,” kata beliau pada sidang media selepas sesi meja bulat bersama 20 wakil institusi kewangan hari ini.

Turut hadir Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Sumber: Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *