


๐๐จ๐ ๐จ๐ง, ๐ฎ๐ญ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas A ditahan Maritim Negeri Perak selepas didapati melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan terlalu hampir dengan daratan di perairan Pulau Pangkor, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel berkenaan dikesan menangkap ikan hanya 0.2 batu nautika dari daratan.
Beliau memaklumkan, penahanan dilakukan sekitar pukul 6.43 petang oleh aset Maritim Malaysia ketika melaksanakan Op SAYONG, Op PINTAS dan Op TIRIS di perairan berkenaan.
โHasil pemeriksaan mendapati vesel pukat jerut bilis itu dikendalikan 12 kru, termasuk tekong dan seorang awak-awak tempatan, manakala 10 lagi merupakan warga Indonesia.
โKesemua kru asing berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah,โ tambah beliau.
Jelas beliau lagi, vesel berkenaan turut disyaki melanggar Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan larangan. Turut dirampas kira-kira 200 kilogram hasil tangkapan ikan bilis.
Kesemua kru, vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di laut, khususnya melibatkan pencerobohan zon tangkapan dan penggunaan kru asing tanpa dokumen sah.
Katanya, rondaan dan penguatkuasaan akan terus dipergiat di kawasan berisiko bagi membanteras aktiviti tidak sah yang boleh mengancam keselamatan serta kedaulatan perairan negara.
