KRISIS TENAGA GLOBAL 2026: KDN PERKUKUH KAWALAN KOMODITI, TUMPU LOKASI KRITIKAL

22 April 2026
(Info Ringkas)
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat tindakan penguatkuasaan susulan impak krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada rantaian bekalan dan harga komoditi asas.

💬“KDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyelewengan dan ketirisan. Penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan bekalan asas negara dilindungi dan sampai kepada rakyat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN bertarikh 19 April 2026 merekodkan 5 komoditi utama dirampas, iaitu: diesel, petrol, LPG, minyak masak dan gula.

Sebanyak 6 negeri hotspot dikenal pasti melibatkan: Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Sarawak dan Sabah, dengan penumpuan operasi di lokasi berisiko tinggi.

Kelantan dan Sabah direkodkan sebagai lokasi kritikal, mencatatkan kes rampasan harian tertinggi dalam pelaksanaan Ops Tiris.

Seramai 70 anggota penguat kuasa telah digerakkan secara berfokus bagi memperkukuh kawalan, membanteras ketirisan dan memastikan bekalan kekal stabil demi kepentingan rakyat.

Pendekatan bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dalam memastikan keselamatan ekonomi rakyat, kestabilan bekalan serta ketenteraman awam kekal terpelihara.

Sumber: Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN: Impak Krisis
Tenaga Global | 19 April

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *