POLIS TUMPASKAN SINDIKET DADAH DI LEMBAH KLANG, SITA HARTA RM14.15 JUTA

KualaLumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang menerusi “Ops Empis” dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan harta mencecah RM14.15 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam operasi pada Khamis lepas, sebanyak 19 individu berusia antara 24 hingga 48 tahun terdiri daripada 12 lelaki tempatan, lima wanita tempatan serta dua wanita warga China ditahan.

Beliau berkata menerusi siri serbuan itu, polis membongkar stor penyimpanan dan tempat memproses dadah di sebuah apartmen di Taman Wahyu serta sebuah rumah di Kepong.

“Hasil keseluruhan pemeriksaan menemukan ketamin seberat 31.8 kilogram (kg), erimin 5 (4.2 kg), pil ekstasi (0.89 kg) dan serbuk MDMA (6.5 kg) yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *