KERAJAAN RINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN MELALUI PENGGANTIAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI SECARA PERCUMA KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA

PUTRAJAYA, 22 April 2026 – Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri,
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim semasa tinjauan insiden kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah, Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan penggantian dokumen pengenalan diri secara PERCUMA kepada warganegara Malaysia yang terjejas akibat kebakaran tersebut.

Dalam melaksanakan inisiatif ini, KDN akan memastikan setiap permohonan
penggantian disemak dan disahkan secara teliti berdasarkan rekod sedia ada dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang komprehensif dan berintegriti tinggi, bagi memastikan hanya individu yang layak diberikan kemudahan ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *