



Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
23 APRIL 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kehadiran Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars) Fadhilatus Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti, bersama delegasi ke pejabat, dalam rangka program Syeikh di Malaysia kali ini.
Beliau berkata banyak perkara yang telah mereka bicarakan dalam pertemuan ini antaranya krisis peperangan dan penindasan, pancabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara.
“Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan, Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM
