Progran MEKAR JPNBantu penduduk kampung Bahagia Sandakan

23 April 2026

Penggantian dokumen pengenalan secara percuma melalui Program MEKAR JPN khusus kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang terjejas akibat insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

Kemudahan ini melibatkan penggantian dokumen seperti Sijil Kelahiran, MyKid, MyKad, Sijil Kematian dan Sijil Perkahwinan (Bukan Islam), tertakluk kepada semakan dan pengesahan rekod oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Setiap permohonan akan disemak secara teliti berdasarkan rekod sedia ada dalam pangkalan data JPN bagi memastikan urusan penggantian dilaksanakan dengan teratur dan diberikan kepada pemohon yang layak.

JPN komited memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus dilaksanakan dengan cepat, teratur dan berintegriti.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *