Kemudahan Internet Berkelajuan Tinggi Meningkatkan Kualiti Hidup Warga ATM

24 April 2026

Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil hari ini meninjau pelaksanaan serta kemajuan projek Jalur Lebar Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Projek ini merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysai (MCMC) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan lebih 59,000 unit RKAT di 73 kem tentera seluruh negara.

Di Pulau Pinang, tiga kem ATM terlibat di bawah inisiatif Projek Jalur Lebar RKAT, iaitu Kem Pangkalan Udara Butterworth, Kem Sungai Ara dan Kem Bukit Gedong yanh melibatkan sebanyak 1,358 unit RKAT.

Inisiatif ini menyediakan kemudahan jalur lebar gentian optik kepada warga ATM yang mendiami RKAT dengan pakej RM49 sebulan pada kelajuan 100 Mbps.

Kemudahan Internet berkelajuan tinggi ini dijangka akan meningkatkan kualiti hidup warga ATM khusunya dalam menyokong keperluan pendidikan anak-anak, urusan komunikasi harian serta kesejahteraan digital keluarga, selaras dengan aspirasi Malaysia
MADANI.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali dan Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri MCMC, Haji Bukhari Yahya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *