


KUALA LUMPUR, 26 April 2026 β Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke program βRAGI: Visual Rhythms of Malay Tenunβ yang berlangsung di Harta Space, Ampang, di sini semalam.
Keberangkatan tiba Paduka Baginda telah disambut oleh para jemputan kehormat serta pihak penganjur termasuk wakil daripada CIMB Group dan komuniti seni serta warisan tekstil tempatan.
Program berkenaan menampilkan pengisian yang memfokuskan kepada keindahan dan keunikan seni tenunan Melayu, termasuk sesi βUnveiling the Masterpiece: A Curated Experienceβ, forum kurasi muzium serta perkongsian eksklusif berkaitan busana istana melalui sesi βStitched in Time: A Personal Journey Through Palace Coutureβ.
Paduka Baginda turut berkenan mengikuti pengisian program serta menyaksikan persembahan muzik gamelan secara langsung oleh Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang menyerikan lagi majlis.
Keberangkatan Paduka Baginda mencerminkan keprihatinan dan sokongan berterusan institusi diraja terhadap pemeliharaan warisan seni budaya, khususnya tenunan tradisional Melayu yang menjadi lambang identiti dan khazanah bangsa. -KESULTANAN PAHANG
ββ-
HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG GRACIOUSLY ATTENDS βRAGI: VISUAL RHYTHMS OF MALAY TENUNβ PROGRAMME
KUALA LUMPUR, April 26, 2026 β Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, graciously attended the programme βRAGI: Visual Rhythms of Malay Tenunβ held at Harta Space, Ampang, here yesterday.
Upon Her Royal Highnessβs arrival, she was received by distinguished guests and the organisers, including representatives from CIMB Group, as well as members of the local arts and textile heritage community.
The programme featured content focusing on the beauty and uniqueness of Malay weaving art, including the session βUnveiling the Masterpiece: A Curated Experienceβ, a museum curation forum, and an exclusive sharing on royal attire through the session βStitched in Time: A Personal Journey Through Palace Couture.β
Her Royal Highness also graciously followed the programmeβs proceedings and witnessed a live gamelan music performance by Perbadanan Muzium Negeri Pahang, which added further splendour to the event.
Her Royal Highnessβs presence reflects the royal institutionβs continued concern and steadfast support for the preservation of cultural heritage, particularly traditional Malay weaving, which stands as a symbol of identity and a treasured legacy of the nation. – KESULTANAN PAHANG
