


KUCHING, 26 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN Sarawak terus memperkukuh penguatkuasaan melalui Ops Statik.
Terbaharu, dua cubaan menyeleweng 760 liter diesel di Kuching berjaya digagalkan pada Jumaat.
Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, kes pertama membabitkan rampasan anggaran 160 liter disyaki minyak diesel bernilai RM344.00 yang disimpan di dalam 16 unit tong hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Kenderaan berkenaan turut disita, selain dokumen berkaitan pembelian diesel tersebut dirampas.
Nilai keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM20,854.00.
Manakala dalam kes kedua, pasukan penguat kuasa sekali lagi berjaya mengesan sebuah kenderaan utiliti sukan dalam keadaan mencurigakan di lokasi yang sama.
Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tersebut dipercayai digunakan sebagai medium untuk menyimpan bekalan diesel secara tidak sah.
Hasil pemeriksaan menemui anggaran awal 600 liter disyaki minyak diesel bernilai RM1,290.00.
Selain, sebuah pam elektrik, serta dua unit hos kecil yang dipercayai digunakan untuk kerja pemindahan bahan api.
Nilai keseluruhan rampasan bagi dianggarkan RM31,540.00.
Dua lelaki tempatan berusia 30-an turut ditahan dalam kes berkenaan.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.
Jamalia
Foto KDPN
Sumber : RTM Sarawak
