LAWATAN KERJA YB MENTERI LUAR NEGERI KE BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEIDARUSSALAM, BAGI MENGHADIRIMESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN–KESATUAN EROPAH KE-2526 – 27 APRIL 2026

YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri akan mengetuai delegasi
Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN–Kesatuan Eropah ke-25 (25th AEMM) yang akan
berlangsung di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dari 27 hingga 28 April 2026.

27 April 2026
(Info Ringkas)

YB Menteri Luar
Negeri akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar Negeri.

Mesyuarat dwitahunan ini akan menilai kemajuan hubungan Dialog ASEAN–Kesatuan Eropah serta
menetapkan hala tuju kerjasama strategik pada masa hadapan.

Mesyuarat ini juga menyediakan ruang
kepada ASEAN dan Kesatuan Eropah untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan
antarabangsa yang berkepentingan bersama, di samping membincangkan persiapan sempena ulang
tahun ke-50 hubungan ASEAN–Kesatuan Eropah pada tahun 2027.

Mesyuarat ini dijangka menerima pakai Kenyataan Bersama Menteri-Menteri ASEAN–Kesatuan Eropah
ke-25, yang antara lain akan menegaskan kepentingan Kepusatan ASEAN, memperkukuh komitmen
terhadap kerjasama ASEAN–Kesatuan Eropah merentasi tiga tonggak Komuniti ASEAN selaras dengan
Visi Komuniti ASEAN 2045, serta mencerminkan pandangan bersama mengenai perkembangan utama di
peringkat serantau dan global.

Di sela-sela Mesyuarat tersebut, YB Menteri Luar Negeri juga dijangka mengadakan pertemuan dua hala
dengan rakan sejawat dari negara-negara ASEAN dan Kesatuan Eropah bagi membincangkan isu-isu dua
hala serta perkara-perkara berkepentingan bersama.

PUTRAJAYA
26 April 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *