
27 April 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh penguatkuasaan melalui operasi bersepadu dalam membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan yang mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
๐ฌโKDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam sindiket penyeludupan. Penguatkuasaan akan terus diperkasa demi melindungi keselamatan negara.โ
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Sehingga 25 April 2026, sebanyak 181 tangkapan telah direkodkan hasil tindakan tegas terhadap individu serta dalang sindiket yang terlibat dalam jenayah penyeludupan.
Pendekatan tanpa kompromi ini membuktikan komitmen berterusan KDN bersama agensi penguatkuasaan dalam memastikan setiap ancaman ditangani secara menyeluruh dan berkesan.
๐ Sumber:
Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN
Impak Krisis Bekalan Global | 25 April 2026
