๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐† ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘, ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐Š๐„๐‰๐€๐˜๐€๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐’๐€๐“๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐˜๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐’๐€๐“๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐€๐‘๐Š๐Ž๐“๐ˆ๐Š ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘.

Shah Alam, 28 April 2026 – Sidang Media YDH CP Datoโ€™ Pahlawan Shazeli bin Datoโ€™ Kahar, Ketua Polis Selangor di Dewan Dโ€™ Cerana, IPK Selangor hari ini memperincikan kejayaan JSJN dan JSJK Selangor dalam melumpuhkan beberapa sindiket jenayah dan dadah di negeri ini.

Antara 21 hingga 23 April 2026, JSJN Selangor dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) KLIA berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah melalui serbuan di Kuala Lumpur International Airport dan Bandar Sri Sendayan. Dua suspek wanita ditahan melibatkan seorang warga tempatan dan seorang warga asing.

Turut dirampas 183.7 kilogram bunga ganja bernilai RM14.7 juta serta sitaan sebuah Honda City, motosikal Vmoto XDV 250 dan wang tunai 280 Pound Sterling. Rampasan dianggarkan mampu menampung penggunaan 613,000 orang. Kedua-dua suspek direman tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis Diraja Malaysia menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat.

Dalam perkembangan sama, JSJK Selangor berjaya melumpuhkan empat sindiket penipuan โ€œcall centerโ€ menerusi beberapa serbuan di Ampang, Petaling Jaya dan Subang Jaya sepanjang April 2026. Serbuan di Ampang menahan 20 individu warga tempatan dan asing yang terlibat dalam sindiket penukaran wang hasil penipuan serta judi dalam talian, dengan rampasan peralatan bernilai RM80,000.

Serbuan seterusnya di Petaling Jaya pula menahan lapan lelaki tempatan yang berperanan sebagai pengurus akaun bagi transaksi wang disyaki hasil penipuan, dengan rampasan RM40,000. Kesemua tangkapan telah dituduh dibawah Seksyen 417 Kanun keseksaan /120B Kanun Keseksaan dan di kenakan hukuman denda RM5,000 setiap seorang.

Manakala hasil serbuan di Subang Jaya, tiga lelaki ditahan kerana terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian dengan rampasan RM40,000. Secara keseluruhan, 31 individu berjaya ditahan dengan jumlah rampasan RM160,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420, Seksyen 120B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63. Kesemua tangkapan sedang ditahan reman selama (4) hari mulai 25.04.2026 sehingga 28.04.2026.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor, SAC Haji Mohd Rosni bin Haji Mohamed Lazim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Mohd Faisal bin Mohd Noor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Wan Azlan bin Wan Mamat, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Khairul Anuar bin Khalid, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Ravi a/l Munusamy, Ketua Polis Daerah KLIA, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis JSJK dan JSJN serta rakan-rakan Media.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *