
28 April 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara bersepadu dalam membanteras ketirisan melibatkan barangan kawalan serta aktiviti penyeludupan rentas sempadan.
π¬βKDN komited memperkukuh operasi penguatkuasaan secara bersepadu bagi memastikan ketirisan dibanteras secara menyeluruh serta keselamatan negara terus terpelihara.β
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Bagi tempoh 12 hingga 25 April 2026, nilai rampasan kumulatif yang direkodkan mencecah RM20.85 juta, melibatkan bahan api seperti diesel, petrol serta barangan kawalan lain hasil operasi berfokus di seluruh negara.
Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan oleh agensi di bawah KDN dalam memastikan kestabilan bekalan serta melindungi kepentingan rakyat.
π Sumber:
Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN
Impak Krisis Bekalan Global | 25 April 2026
