
๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐, ๐ฎ๐ณ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ – Seorang majikan dalam sektor pembinaan telah dikenakan kompaun berjumlah RM215,000 oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu selepas didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.
Tindakan ini diambil hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah pekerja di sekitar Merchang, Marang pada 13 April 2026 yang lalu mendapati majikan berkenaan melindungi warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.
Jabatan Imigresen Malaysia menegaskan bahawa majikan tidak boleh sewenang-wenangnya menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen sah atau yang melanggar syarat pas yang diberikan. Perbuatan ini merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun yang tinggi.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus memperketat pemantauan dan mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap mana-mana majikan yang ingkar, demi memastikan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara terus terpelihara.
