Dron bedil hospital, stesen minyak Khartoum

KHARTOUM, 29 April – Sebuah hospital di negeri Khartoum, Sudan menjadi sasaran serangan dron, menurut sumber keselamatan dan saksi kepada agensi berita AFP.

Ini merupakan serangan pertama seumpamanya dalam tempoh beberapa bulan, selepas negeri itu dirampas semula oleh tentera kira-kira setahun lalu daripada pasukan separa tentera.

“Serangan telah menyebabkan kerosakan pada bangunan hospital,” kata seorang penduduk di kawasan Jebel Awliya, kira-kira 40 kilometer di selatan pusat bandar Khartoum.

Sumber keselamatan yang enggan dikenali berkata, serangan dron itu turut mengenai sebuah stesen minyak berhampiran hospital.

Dalam kejadian berasingan, 11 orang dilaporkan terbunuh, juga dalam serangan dron di bandar Rabak, selatan Sudan.

Serangan dipercayai menyasarkan pakatan tentera, iaitu gabungan kumpulan bersenjata yang ditubuhkan untuk berjuang bersama-sama tentera dalam perang menentang pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF).

Dua saksi mendakwa, beberapa kenderaan milik pakatan tentera itu dibedil, termasuk yang membawa senjata dan peluru. –

AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *