Bahaya Kanak-Kanak di Media Sosial

30 April 2026
(Info Ringkas)

Dalam dunia Internet, bukan semua yang kelihatan di skrin adalah seperti yang disangka, namun penggunaan tanpa pemantauan yang sewajarnya boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai risiko seperti kandungan tidak sesuai, penipuan dalam talian, serta gangguan terhadap kesejahteraan emosi mereka. Bagi kanak-kanak, mereka masih dalam proses membina keupayaan untuk menilai situasi, memahami risiko dan membuat keputusan yang selamat.

Di sinilah, peranan ibu bapa dan penjaga amat penting dalam memastikan penggunaan media sosial yang lebih selamat. Pendidikan awal tentang keselamatan digital serta komunikasi terbuka mampu membantu melindungi generasi muda daripada risiko yang tidak diingini.

Kesedaran hari ini membentuk keselamatan mereka pada masa hadapan. Ingatlah, keselamatan negara, tanggungjawab bersama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *