MENGECAM SERANGAN DAN PENAHANAN OLEHREJIM ZIONIS ISRAEL

30 April 2026

Kerajaan Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan,
halangan, dan penahanan oleh rejim zionis Israel terhadap aktivis-akvitis
Global Sumud Flotilla yang cuba menyampaikan bantuan kemanusiaan
kepada rakyat Palestin di Gaza.

Tindakan berulang kali yang melanggar undang-undang perairan
antarabangsa dalam memintas kapal serta menculik aktivitis
kemanusiaan berhampiran Pulau Crete di Greece menampilkan sikap
tidak peduli oleh rejim Zionis Israel.

Malah, kelompok ini telah sekian lama membuktikan bahawa mereka
berhasrat meneruskan genosid terhadap rakyat Palestin; sama ada dalam
bentuk serangan pengeboman ataupun penghentian bantuan
kemanusiaan oleh pihak lain seperti insiden terbaharu ini.

Sikap lanun pembunuh ini turut memangsakan penduduk di rantau Asia
Barat, termasuk rakyat Lebanon yang diusir dari tanah sendiri, ataupun
penduduk di Iran yang menjadi mangsa pembunuhan.

Saya menggesa kecaman dan ikhtiar yang mencakupi semua aspek untuk
meningkatkan tekanan terhadap rejim Zionis Israel dari semua pihak.

Tambahan kepada itu, saya akan menghubungi YAB Perdana Menteri
Malaysia dan YB Menteri Luar agar keselamatan para aktivis Malaysia
yang menjadi mangsa serangan dan penahanan ini dapat dijamin dan
dibebaskan.

DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

30 April 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *