Jenazah gadis ditikam 61 kali selamat dikebumi, keluarga mohon ruang

KUALA KANGSAR, 2 Mei– Ahli keluarga kepada mangsa yang mati dibunuh dengan 61 tikaman memohon ruang untuk bertenang kerana masih terkejut dengan kejadian bunuh tragis yang menimpa Nurfisya Zulkifly, 19 tahun.

Bapa saudara mangsa berkata, mereka masih dalam keadaan trauma dan belum bersedia berkongsi sebarang maklumat lanjut susulan keadaan emosi yang belum stabil.

“Kami belum bersedia untuk berkongsi, mohon bagi ruang.

“Keluarga masih dalam keadaan trauma dan belum mampu menerima kejadian yang menimpa mangsa,” katanya ketika ditemui RTM.

Tinjauan RTM di Kampung Batu Jarau mendapati suasana di kediaman keluarga diselubungi rasa hiba dan sedih.

Mayat Nurfisya dengan kesan 61 tikaman itu ditemui dalam keadaan terbaring di Jalan Kampung Kubang Kiat, Ketereh pada tengah malam kelmarin.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan
Zainab II untuk proses bedah siasat.

Jenazah Nurfisya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Periang, Karai
kira-kira 5.30 pagi tadi.

Sumber: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *