
5 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan bekalan negara sentiasa terjamin dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global.
💬 “Penguatkuasaan bersepadu adalah kunci memastikan bekalan negara terus terjamin dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Melalui pelaksanaan Op Tiris dan operasi merentas agensi:
🔹 RM125,683.30 rampasan harian (Sarawak & Kelantan)
🔹 RM23.3 juta rampasan kumulatif melibatkan 126 kes diesel, petrol & LPG
🔹 438 tangkapan berjaya dilaksanakan
Pendekatan Smart Enforcement diperkasa melalui:
✔️ Kawalan ketat di pintu masuk negara (ICQS)
✔️ Peningkatan rondaan aset laut
✔️ Operasi bersepadu membanteras penyeludupan & jenayah rentas sempadan
KDN komited memastikan setiap ruang ketirisan ditutup, seterusnya menjamin kestabilan ekonomi dan keselamatan bekalan untuk rakyat.
📢 Sokong usaha KDN. Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Sumber: KDN
