
5 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan bersepadu dalam menangani jenayah rentas sempadan dan penyeludupan, khususnya melibatkan diesel dan petrol yang memberi kesan langsung kepada keselamatan serta ekonomi negara.
π¬ βPenguatkuasaan bersepadu akan terus diperkasa bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Hasil operasi terkini menunjukkan keberkesanan tindakan:
πΉ RM23.19 juta nilai rampasan kumulatif
πΉ 128 kes direkodkan
πΉ 133 tangkapan dilaksanakan
Kejayaan operasi turut melibatkan:
πΉ 263 tangkapan keseluruhan
πΉ Rampasan aset: 22 kenderaan, 3 bot dan 48 telefon bimbit
Status operasi harian:
πΉ RM2.08 juta rampasan harian
πΉ RM2,281.72 rampasan Ops Tiris (Sabah)
Pendekatan tegas, bersepadu dan berteknologi tinggi terus diperkasa melalui:
βοΈ Pemerkasaan teknologi penguatkuasaan
βοΈ Peningkatan rondaan maritim di zon sensitif
βοΈ Integrasi risikan merentas agensi (PDRMβAPMMβJIM)
KDN kekal komited memastikan setiap ancaman ditangani secara menyeluruh demi melindungi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
π Laporkan aktiviti mencurigakan:
MKN: 03-8888 2010 | MyGCC: 03-8000 8000
Sumber: KDN
