
5 Mei 2026
Kes demam denggi di Putrajaya mencatat penurunan sebanyak 36.2% bagi tempoh Januari hingga April 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu, hasil pelaksanaan teknologi Wolbachia yang dilihat lebih berkesan dalam mengawal penularan wabak di kawasan bandar.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir berkata, pendekatan inovatif ini terbukti mempercepatkan kawalan denggi berbanding kaedah konvensional, selain membantu mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat untuk penduduk, khususnya kanak-kanak.
Setakat ini, ratusan ribu nyamuk Wolbachia telah dilepaskan secara berperingkat di Presint 14 dan 18 sejak 2020 hingga 2025, dengan program kini memasuki fasa penyelenggaraan dan pengukuhan serta cadangan peluasan ke kawasan berisiko tinggi seperti PPR dan Perumahan Awam.
Sumber: Bernama
