MTEN beri tumpuan bantu kos sara hidup rakyat ekoran krisis bekalan global

5 Mei 2026

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini memberi tumpuan terhadap tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai rakyat ekoran krisis bekalan global yang kian meruncing.

Sehubungan itu, beberapa ikhtiar segera digerakkan Kerajaan MADANI:

๐ŸŒพ Membela Pesawah

  • Pendahuluan RM200 melalui Bantuan Khas Insentif Pembajakan bagi meringankan aliran tunai dan keperluan modal pesawah.

๐ŸŒง๏ธ Pembenihan Awan

  • Agensi kerajaan termasuk TUDM dan BOMBA segerakan operasi di kawasan kritikal.

๐Ÿฌ Pengurangan Kadar Sewa Premis Kerajaan

  • Pengurangan kadar sewaan di premis perniagaan milik agensi Persekutuan, serta seruan kepada PBT untuk mencontohi langkah ini seperti yang dilaksanakan DBKL.

๐Ÿ›’ Program Jualan Rahmah MADANI

  • Diperluas setiap minggu ke lebih banyak kawasan dengan penglibatan peniaga kecil.

Kerajaan MADANI akan terus memperkemas pendekatan yang lebih bersasar dan berkesan, supaya setiap bantuan benar-benar sampai dan dirasai di lapangan.

Insya-Allah, kita tempuh cabaran ini dengan tanggungjawab, keprihatinan dan tekad yang tidak berbelah bahagi.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *